Kisah seorang Janda yg dahaga

Disini saya ingin menceritakan sebuah kisah mengenai seorang janda yang
baru sahaja kematian suami. Hasnah seorang janda kaya yang baru sahaja
kematian suaminya akibat kemalangan jalanraya. Beliau masih muda lagi
dan mempunyai potongan badan yang cantik.

Sejak kematian suaminya, beliau sentiasa diusik oleh jejaka-jejaka
kampung yang sudah lama memendam rasa kepadanya. Namun begitu, Hasnah
tidak pernah melayan karenah pemuda-pemuda kampung tersebut, kerana
hatinya masih lagi merindui arwah suaminya.

Walaupun, hatinya berasa sepi ketika waktu ini. Lebih-lebih lagi di
waktu malam. Rasa sepi hatinya tiada siapa yang tahu.

Pada satu malam, kira-kira pukul 2 pagi, hujan lebat membasahi bumi dan
dingin sekali. Beliau bangun dari katilnya, walaupun sejuk tetapi
badannya terasa panas. Tekaknya terasa haus. Beliau terasa begitu dahaga
sekali. Beliau bangun dan keluar dari bilik menuju ke dapur.

Sampai saja di dapur, beliau terus membuka peti ais dan mengambil
sebotol air sejuk. Beliau tuang kedalam cawan dan meminumya.

Setelah meminum air tersebut, beliau kembali kedalam bilik dan
menyambung tidur semula.

Sekian. Terima Kasih.

Itulah kisah seorang janda yang dahaga.

Wah, sepenuh hati korang mambaca nyer. Mentang2 lah Janda..haaa....

0 comments: