kisah si graduan....

Si graduan mulai sedar yg diri nya sudah graduasi...dia bkn seperti dahulu yg mana hidupnya dipenuhi dengan keseronokan semata-mata...si graduan mula sedar yg dia sudah berada di persimpangan antara kerjaya dan keseronokan...dia mula tahu ape makna kerja setelah sekian lama mencari makna perkataan itu di dalam kamus dewan...
ya kerja bagi si graduan adalah sesuatu yg indah...dengan kerja si graduan mampu mengecapi impian nya yg selama ini tidak dpt dikecapi selama ini...
Ya...kerja oh kerja...si graduan harus mencari kerja...itu misi si graduan sejak saat dan ketika ini...Si graduan harus mencari KERJA...kerja oh kerja...

ape sebenar nye kau rase???

aku dgn hidup aku...
kau dgn hidup kau...
aku rasa ape yg aku rase...
kau rase ape yg kau rase...
kadang-kadang aku nk tau ape yg kau rase...
tapi aku xtau mcm mane...

tapi smpai bilekah aku harus menanti.....
ape sebenar nye kau rase??????

kau...

kau begitu sempurna
di mataku kau begitu indah
kau membuat diriku akan selalu memujimu
di setiap langkah ku
ku kan selalu memikirkan mu...........

kerja oh kerja...

kerja...perkataan yg seringkali ku dgr sejak akhir2 ini...aku sndr tidak faham mengapa perkataan itu perlu di ucapkan pada ku padahal aku hanya lah seorng insan biase yg mash menagih belaian serong ibu...abaikan ayat terakhir tue...kerja oh kerja...

hidup seorang graduan universiti....

tanggal 18 aug 2009 merupakan detik sejarah bg aku si graduan universiti...setelah bertahun-tahun bergelumang dengan buku-buku yg aku sndr x phm ape di tulis...akhrnya aku berjaya menggapai segulung ijazah...IJAZAH SARJANA MUDA DAN KEPUJIAN SAINS BAHAN...

setitik dakwat bermula secebis coretan...

di sini bermula satu detik yg bersejarah dlm hidup aku di mana aku mohd kamil hakimi aka pria terhebat bermula bermain dngn mata pena kilometrico nya yg berharge tidak kurang atau lebih dr rm1.oo di kedai runcit pak ali...di sini segala nya bermula.....

fakta-fakta menarik

Semua planet di angkasa bergerak mengelilingi matahari mengikut
pusingan jam kecuali Venus yang melawan jam.

Jika usus kecil seseorang manusia dileraikan, panjangnya boleh
menjangkau sehingga empat atau lima kali ganda ketinggian orang itu.

Haiwan yang paling banyak di muka bumi adalah semut. Nisbahnya
adalah satu juta bagi setiap orang.

Tanduk atau sumbu badak bukan berasal daripada tulang-belulang
tetapi terjadi daripada bulu-bulunya yang berkumpul dan mengeras.

Anda perlu memanjat sebanyak 1,792 anak tangga untuk tiba ke
puncak Menara Eiffel.

Seoul adalah ibu negeri Korea. Dalam bahasa ibundanya, Seoul
bermakna `ibu negara'.

Jika ikan jerung membuka mulut dalam tempoh masa yang lama, ia
akan mati lemas kerana air akan masuk ke dalam mulutnya.

Olympus Mons yang terletak di planet Marikh merupakan gunung
berapi paling besar dalam sistem solar.

Menurut kajian, purata setiap kita mengucapkan 30,000 perkataan
sehari dan mengambil masa 3 1/2 jam sehari untuk bercakap.

Drama pertama yang dipentaskan adalah karya seniman Mesir pada
tahun 3200 Sebelum Masehi- lebih 5,000 tahun lalu. Skrip drama yang
dijumpai oleh seorang arkelogi di Luxor pada 1895 ditulis atas
tumbuhan papyrus dan masih tersimpan hingga kini.

Setengah haiwan dapat meramal bencana, gempa bumi, banjir, ribut
taufan, letusan gunung berapi dan sebagainya. Obor-obor misalnya
tahu kehadiran taufan 10 atau 15 jam sebelum ianya berlaku dan ini
memberi peluang kepadanya untuk menyelam lebih jauh ke dasar laut.
Orang Jepun gemar memelihara ikan emas kerana ia dapat mengesan
gempa bumi. Ia memberi petanda akan berlaku gempa bumi dengan
melompat keluar akuarium beberapa jam sebelum kejadian.

Kisah seorang Janda yg dahaga

Disini saya ingin menceritakan sebuah kisah mengenai seorang janda yang
baru sahaja kematian suami. Hasnah seorang janda kaya yang baru sahaja
kematian suaminya akibat kemalangan jalanraya. Beliau masih muda lagi
dan mempunyai potongan badan yang cantik.

Sejak kematian suaminya, beliau sentiasa diusik oleh jejaka-jejaka
kampung yang sudah lama memendam rasa kepadanya. Namun begitu, Hasnah
tidak pernah melayan karenah pemuda-pemuda kampung tersebut, kerana
hatinya masih lagi merindui arwah suaminya.

Walaupun, hatinya berasa sepi ketika waktu ini. Lebih-lebih lagi di
waktu malam. Rasa sepi hatinya tiada siapa yang tahu.

Pada satu malam, kira-kira pukul 2 pagi, hujan lebat membasahi bumi dan
dingin sekali. Beliau bangun dari katilnya, walaupun sejuk tetapi
badannya terasa panas. Tekaknya terasa haus. Beliau terasa begitu dahaga
sekali. Beliau bangun dan keluar dari bilik menuju ke dapur.

Sampai saja di dapur, beliau terus membuka peti ais dan mengambil
sebotol air sejuk. Beliau tuang kedalam cawan dan meminumya.

Setelah meminum air tersebut, beliau kembali kedalam bilik dan
menyambung tidur semula.

Sekian. Terima Kasih.

Itulah kisah seorang janda yang dahaga.

Wah, sepenuh hati korang mambaca nyer. Mentang2 lah Janda..haaa....

10 perkara di benci wanita...

KEBANYAKAN lelaki selalu menyalahkan wanita apabila wanita kerap merajuk dan marah tanpa mengetahui apakah puncanya. Kerap kali apabila timbulnya masalah sikap wanita yang dikatakan mengada-ngada, itu menjadi punca pertengkaran.

Namun, lelaki tidak sedar ada perbuatan mereka yang dibenci oleh kaum wanita. Justeru, apa kata lelaki meneliti beberapa perbuatan-perbuatan yang sering dilakukan tanpa kesedaran mereka.

1. Panas baran

Pantang silap sikit, pasti pelbagai kata-kata kesat dihamburkan. Tidak cukup dengan kata-kata kesat, kadangkala tangan lelaki panas baran ini juga pantas menampar atau mencekik leher kekasih bagi menunjukkan mereka ini kuat dan berkuasa.

Perbuatan lelaki sebegini akan membuatkan wanita benci dan fobia. Bagi sesetengah wanita yang terlalu menyayangi pasangan, mereka terpaksa berendam air mata dan membiarkan hidup menderita. Lama kelamaan wanita ini akan hidup dalam keadaan tertekan dan boleh menyebabkan kemurungan.

2. Mengongkong

Segala gerak-geri kekasih dikawal. Hendak keluar berhibur dengan teman-teman pun tidak boleh. Sampaikan dari segi berpakaian pun perlu mengikut segala yang diinginkan mereka. Tetapi, mereka akan melenting pula sekiranya aktiviti-aktiviti mereka disoal siasat oleh kekasih mereka. Mulalah dituduh psiko dan queen control.

3. Ego

Ini adalah perbuatan yang paling ketara bagi kaum lelaki. Apabila berlaku pergaduhan, wanita selalu dipersalahkan. Kadangkala, marahnya sudah hilang tetapi ego punya pasal sanggup mendiamkan diri tidak menelefon kekasih semata-mata ingin dipujuk. Ada sesetengah lelaki pula, kerana terlalu ego sanggup menunggu wanita mengajak keluar dahulu daripada mereka sendiri mengajaknya. Tidak salah mempamerkan ego, tetapi biarlah kena pada tempatnya.

4. Suka 'cuci mata'

Kebanyakan lelaki sukar untuk mengawal mata mereka (mata keranjang). Walaupun sudah dikurniakan teman wanita yang cantik, tetapi masih lagi ingin memandang wanita lain. Pandang sekali sudahlah. Ini tidak. Kadangkala, sampai terpusing kepala lelaki mata keranjang ini memandang wanita lain.

5. Main kayu tiga

Ini adalah perkara yang paling dibenci oleh setiap wanita. Pantang digoda dengan wanita lain, terus hanyut. Ada juga lelaki yang pantang melihat perempuan cantik, pasti dijadikan senarai 'teman tapi mesra'. Ada juga yang sanggup keluar dengan wanita lain walaupun sudah mempunyai kekasih.

6. Tidak sensitif perasaan wanita

Lelaki kadangkala suka bertindak sambil lewa dan kurang memberikan perhatian kepada kekasihnya, lebih-lebih lagi apabila melibatkan perasaan wanita. Tetapi jika bersangkut paut mengenai diri sendiri, keluarga dan kawan-kawan, mereka begitu memahami dan mengambil berat.

Sebenarnya, wanita bukanlah terlalu sensitif atau terlalu manja. Cukuplah sekadar teman lelaki menjaga hati mereka dahulu sebelum menjaga hati orang lain, lebih-lebih lagi jika wanita itu bakal menjadi isterinya kelak.

7. Pentingkan kawan-kawan

Sanggup membatalkan temu janji semata-mata ingin menonton bola sepak atau diajak melepak oleh kawan-kawan lelaki. Sesetengah lelaki selalu mementingkan kawan-kawan dalam segala hal.

Kalau ada apa-apa masalah di tempat kerja atau apa urusan sekalipun, mereka yang mementingkan kawan-kawan sanggup mengadu dengan alasan tidak sesuai bercerita dengan kekasih. Wanita akan lebih menyayangi pasangannya jika mereka lebih dihargai.

8. Tidak tahu menghargai

Sukar untuk bertemu lelaki yang tahu menghargai perasaan atau pun perbuatan kekasihnya. Ada pula yang berpura-pura tidak mengambil tahu walaupun menyedarinya. Seboleh-bolehnya, lelaki mahu si dia terang-terangan menunjukkan sikap menghargai mereka. Kalau setakat sikit-sikit atau sekadar kiasan, alamatnya mereka akan berpura-pura tidak menyedarinya. Apa salahnya sekali-sekala, tunjukkan sikap menghargai teman wanita terhadap apa yang cuba dilakukannya untuk anda seperti memberi hadiah kecil. Setidak-tidaknya, ucapkanlah terima kasih setiap kali dia cuba berbuat sesuatu untuk anda.

9. Meninggikan suara

Tahulah mereka dikurniakan suara yang 'macho' tetapi kalau nak meninggikan suara sekadar menunjukkan ego, tak eloklah. Ini antara kelemahan lelaki kerana mereka mudah meninggikan suara walaupun pasangannya tidak bersalah.

10. Penipu

Masalah yang ketara apabila lelaki suka menipu ataupun memberikan alasan yang tidak munasabah. Ada lelaki sanggup mungkir janji dan memberi pelbagai alasan seperti mempunyai masalah yang tidak dapat dielakkan, padahal sebenarnya mereka enggan mengotakan janji mereka sendiri. Ada juga yang sudah berpunya tetapi mengaku solo. Sifat menipu dan suka berdolak-dalih ini, lama kelamaan akan membuatkan wanita menjauhi anda.

Rancangan realiti yang real...

Akademi Fulusia
Rancangan yang memaparkan realiti hudup yang memerlukan fulus sepanjang masa.Pelajar-pelajar terdiri dari mereka yang telah diblacklistkan oleh bank dan mereka akan buat apa sahaja untuk kekal dalam akademi sebab klau kluar aje msti kene kejar dngn bank.

Malaysian Along
Pencarian along-along yang berbakat dalam mnjalankan tugas mengejar pemiutang yang lari dari membayar hutang.Ujibakat serata negara bagi memberi peluang along-along yang berbakat,baik along bukit beruntung hinggalah along khong sempadan siam.

Gengster
Rancangan mencari kumpulan penjenayah yang memang dicari oleh pihak polis kerana kegiatan merompak serta menyamun.Mereka perlu berlawan sesama kumpulan lain dari indonesia serta filipina yang tidak kurang samseng nya.

Sekarang ni mcm2 rancangan realiti menawarkan hadiah jutaan ringgit tapi itu ke realiti hidup kita hari ni....senang cerita sume nk duit je sbb ekonomi meleset....bakat tue lain kira....

Mengapa Ibu Menangis...

Seorang anak laki-laki kecil bertanya kepada ibunya "Mengapa engkau menangis?"

"Kerana aku seorang wanita", kata sang ibu kepadanya.

"Aku tidak mengerti", kata anak itu.

Ibunya hanya memeluknya dan berkata, "Dan kau tak akan pernah mengerti"

Kemudian anak laki-laki itu bertanya kepada ayahnya, "Mengapa ibu suka menangis tanpa alasan?"

"Semua wanita menangis tanpa alasan", hanya itu yang dapat dikatakan oleh ayahnya.

Anak laki-laki kecil itu pun lalu tumbuh menjadi seorang laki-laki dewasa, tetap ingin tahu mengapa wanita menangis.

Akhirnya ia menghubungi Tuhan, dan ia bertanya, "Tuhan, mengapa wanita begitu mudah menangis?"

Allah berfirman:

"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan "
"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya "
"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh "
"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya "
"Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya "
"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu"
"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan.
Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan."

"Kau tahu:

Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya."
"Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya

" tempat dimana cinta itu ada."